Blogroll

Steamboat time...

Waahhh...ni entri pertama aku sejak bulan posa yek.Dah nak masuk 14 hari posa rupanya...(tu pun nasib baik poii update)..kalau tidak aku asik henggat 5 hari jek..Maklumlah..aku ni kan manusia bz..dengan keja keja Internal dan External yang berlambak - lambak..

So far tahun ni berpusa kat tempat baru..so selamat sikit la "poket"dari tahun - tahun lepas.tahun lepas kitaorang stay kat Shah Alam , so pilihan untuk tempat berbuka posa n beli juadah posa tu melimpah ruah la.Kalau tak nak seksyen 20 , leh pigi seksyen 19.Bosan S19 pigi sekeyen 18.Muak Seksen 18 , pigi seksyen 2.Buhsan seksyen 2 pigi Seksyen 13... tak nak seksyen 13 ..weiii bila mahu abis daa...

Tahun ini , pasar Ramadhan yang kitaorg dah pergi hanyalah kat Equine Park , Bangi , Serdang n Putrajaya.Tak kuasa nak pegi jauh - jauh.Ye lah pasar Ramadan ni..manusia punyalah ramai..parking dah satu hal.Belum campur dengan ke"hero"en adam lagik.Dia punya demand ..ishkk..mengalahkan orang berpuasa.nampak mee nak mee..nampak air nak air...

Oklah..last week , aku n geng (Batch Of 95 Computer Science USM) untuk kali keduanya buat second reunion.At first kitaorang decide nak buat kat Nelayan Titiwangsa.Tapi memandangkan ramai yang nak datang tu dari zone KL Selatan , so kita tukar agenda ke Nelayan Bangi.

Oleh kerana rumah aku berdekatan dengan Bangi (dalam 15 km), so aku pun di tugaskan utk keja 2 penempahan den pensurveyan.So aku pun booking la 3 meja (satu meja 10 org).





Tepat pukul 6 pm , kiraorang dah terpacak kat sana.Tempat ini kira boleh tahan jugak besarnya.Setakat 1000 orang tu boleh muat rasanya.Tapi a little bit klasik la.Dengan tong2 gas..wahhh...ngerinya aku tgk.Ijai , Amri dan Mat noq dah pun sampai...cayalah.Di ikuti oleh Zamir n family , Awool n family , Oya n family , Wan n family serta Surayu n family .Last sekali sampai ialah Roy.


So far kira oklah jugak makan kat sini.Aku dah tak pandang nasi dah..suap 2 mulut je nasi.The rest ratah udang dia yang segar bugar tu je lah...adalah dalam 30 ekor udang rasanya jadi mangsa aku hehehe...lain - lain menu :masakan melayu (adalah dalam 10 jenis) , desert , mee dan ikan bakar.




Ramai jugak orang yang datang , adalah dalam 700 - 800 kot.So far kira oklah gathering kecil - kecilan kitaorang tu.Macam biasalah ramai yang janji nak datang , tak dapat datang sebab nenek nak bersalin , anak cirit birit , seluar dalam hilang dll...



Oklah...sesiapa yang nak merasa Steamboat kat sini amik alamat nih :

Restoran Nelayan Bangi
10845 Kg Sungai Merab Luar
Sungai Merab Kajang
43000 Selangor
phone : 03 - 89262298
Harga Buffet
dewasa : RM18
anak2 : RM12 ( 5 - 12 tahun)
Wahh...prmosi ni...patut aku dapat pakej makan free huhu...



Choas!
Share on Google Plus

About Narapidana

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

Elf said...

Waa..budak batch aku gak yang tak reti reti nak buat reunion..haha

sempoii said...

bila nak buat reunion skype? hahahhahaha..