Tuesday, January 24, 2006

New mp3 Addded # 6

5 new songs added(amik dalam folder NEW):

1. ADAM AF2 - Jatuh
2. Awie - Narapidana
3. Awie - Pendita


------------------------------------------------------------


Best jugak album baru awie nih (tajuk "Santai" ..nasib baik bukan Santau).
Lagu Narapidana atau yang terhukum dalam bahasa Melayu Sanskrit menampilkan collaboration antara Awie dan M. Nasir.

Lagu Pendita ciptaan sepenuhnya oleh Ramli Sarip membuktikan kehebatan beliau sebagai seorang komposer yang hebat kerana melodinya berbeza dari lagu-lagunya sebelum ini. Pendengar perlu menghayati lagu ini berkali-kali bagi mendapatkan feel yang mendalam untuk lagu ini.

Lagu lagu ni aku akan upload utk 2 minggu je.So..kalau suka tu d/load la cepat2 ok.
Sesiapa nak request pun boleh.(kalau lagu tu aku ada la..).Tulis kat tag sebelah..

Choas!

Friday, January 20, 2006

Kau yang bernama NOKIA



Hehe..mari kita bercerita sikit pasal handphone.Memandangkan budak2 sekolah pun dah boleh bawa handphone (err...dengar cerita dah tarik balik?)so , aku pun nak kongsi la sejarah handphone aku yang takde la bersejarah sgt ni.

Aku start pakai handset tahun 2000.Tu pun jenuh kumpul duit gaji(maklumlah...dah start keja)...akhirnya berjaya jugak lah aku beli sebuah telepon NOKIA secondhand , model NOKIA 6180.Tu pun setelah survey 4/5 jam kat Pertama Complex.Dapatlah handset yang paling "power" dengan harga yg reasonable dan mampu milik.



Dengan adanya handset tuh , senanglah aku melaporkan sebarang perkembangan terkini maopun gossip2 pada 'tunang' aku yang saat itu berada jauh di Kelantan.

AKu cukup suka dengan NOKIA yang power nih.Malangnya..hikayatnya berakhir dgn tragis sekali.NOKIA ni mempunyai ajal dengan cara yang ngeri ...

Time tu aku tgh kelam kabut ambil duit di ATM , and nak bergegas ke Stesen LRT untuk ke Hentian Putra.tiba tiba baru perasaan yang NOKIA ku yg power tu takde dalam kocek.Check - punya check , baru perasaan , dia dah tercicir kat jalan seberang .Aku melintas nak amik..tapi terpaksa tunggu sbb kereta banyak lalu lalang.Sebuah kereta lalu....lepas....betul2 tgh2....kali kedua...pun lepas...masuk kali ke - 3 ,

"prappppppppppppppppppppppppppppppppppp"

....ohhhh...dia meninggalkan aku dalam keadaan yang ngeri sekali...meninggal hanya sim card yang masih elok , dengan badan yang hancur remukk........di gilis kereta di depan mataku!!

Dua , tiga hari juga aku trauma...sebelum bertukar ke model2 NOKIA yang lain.Ada la 2/3 kali tukar hinggalah aku stick ngan NOKIA 3310 sekarang. ( Haa gelak..jangan tak gelak).Walaupun handset ni klasik ,aku still belum berubah hati nak tukar hehehe..
Cuma lately...bateri dia dah long..and kena beri tenaga hayat baru...

Interesting Facts - NOKIA Mobile Phones

(1). Imagine your mobile battery is very low, you are expecting an Important Call and you don't have a charger. Nokia instrument comes with reserve Battery. To activate, key is *3370# your mobile will restart with this Reserveand your instrument will show a 50% increase in battery. This Reserve will get charged when you charge your cell next time.

2). The Emergency Number worldwide for Mobile is 112. If you find yourself out of coverage area of your mobile network and there is an emergency, dial 112 and the mobile will search any existing network to establish the emergency number for you.Do share this important info with others too. Hope you'll never need to use it though And interestingly, this number 112 can be dialed even while the keypad is locked. Try it out !

Monday, January 09, 2006

Happy New Year 2006

Vah vah vah...

Dah 9 hari masuk tahun baru...lama gile aku tak apdet blog.

Welcome 2006...Bye 2005.
Penghujung tahun 2005 macam2 peristiwa berlaku...hopefully 2006 will bring along some shines to our family. :)

Adam dah masuk Tadika...



Dah besar pun anak teruna aku..dah umur 5 tahun pun (walaupun hakikatnya baru 4 tahun :) ).So sekarang adam dah kena bangun pagi , mandi , pakai uniform (lengkap tie ala - ala Popeye)).No more PS2 games . kalau ada pun just for 5 minutes.
Tapi lately adam dah macam boring dengan PS2 , (err...does it's sound good? ).Dia dah beralih pada games komputer and layan DVD....hmmm nampak gayanya lepas ni kena train Photoshop la nih.

The good news , adam dah boleh sebut "ADAM" tanpa pelat.No more Aqam.

The Bad news , adam still tak boleh sebut "Amirul".

So..whenever ask for his name , it will sound like "AMILO ADAM".

MILO should pay for the free advertising...

Tuesday, October 18, 2005

Google earth

Korang dah tgk Google Earth?Perghhh dasat....tgk ni...aku boleh zoom dari pada globe sampai nampak opis aku!!!!





Steamboat time...

Waahhh...ni entri pertama aku sejak bulan posa yek.Dah nak masuk 14 hari posa rupanya...(tu pun nasib baik poii update)..kalau tidak aku asik henggat 5 hari jek..Maklumlah..aku ni kan manusia bz..dengan keja keja Internal dan External yang berlambak - lambak..

So far tahun ni berpusa kat tempat baru..so selamat sikit la "poket"dari tahun - tahun lepas.tahun lepas kitaorang stay kat Shah Alam , so pilihan untuk tempat berbuka posa n beli juadah posa tu melimpah ruah la.Kalau tak nak seksyen 20 , leh pigi seksyen 19.Bosan S19 pigi sekeyen 18.Muak Seksen 18 , pigi seksyen 2.Buhsan seksyen 2 pigi Seksyen 13... tak nak seksyen 13 ..weiii bila mahu abis daa...

Tahun ini , pasar Ramadhan yang kitaorg dah pergi hanyalah kat Equine Park , Bangi , Serdang n Putrajaya.Tak kuasa nak pegi jauh - jauh.Ye lah pasar Ramadan ni..manusia punyalah ramai..parking dah satu hal.Belum campur dengan ke"hero"en adam lagik.Dia punya demand ..ishkk..mengalahkan orang berpuasa.nampak mee nak mee..nampak air nak air...

Oklah..last week , aku n geng (Batch Of 95 Computer Science USM) untuk kali keduanya buat second reunion.At first kitaorang decide nak buat kat Nelayan Titiwangsa.Tapi memandangkan ramai yang nak datang tu dari zone KL Selatan , so kita tukar agenda ke Nelayan Bangi.

Oleh kerana rumah aku berdekatan dengan Bangi (dalam 15 km), so aku pun di tugaskan utk keja 2 penempahan den pensurveyan.So aku pun booking la 3 meja (satu meja 10 org).





Tepat pukul 6 pm , kiraorang dah terpacak kat sana.Tempat ini kira boleh tahan jugak besarnya.Setakat 1000 orang tu boleh muat rasanya.Tapi a little bit klasik la.Dengan tong2 gas..wahhh...ngerinya aku tgk.Ijai , Amri dan Mat noq dah pun sampai...cayalah.Di ikuti oleh Zamir n family , Awool n family , Oya n family , Wan n family serta Surayu n family .Last sekali sampai ialah Roy.


So far kira oklah jugak makan kat sini.Aku dah tak pandang nasi dah..suap 2 mulut je nasi.The rest ratah udang dia yang segar bugar tu je lah...adalah dalam 30 ekor udang rasanya jadi mangsa aku hehehe...lain - lain menu :masakan melayu (adalah dalam 10 jenis) , desert , mee dan ikan bakar.




Ramai jugak orang yang datang , adalah dalam 700 - 800 kot.So far kira oklah gathering kecil - kecilan kitaorang tu.Macam biasalah ramai yang janji nak datang , tak dapat datang sebab nenek nak bersalin , anak cirit birit , seluar dalam hilang dll...



Oklah...sesiapa yang nak merasa Steamboat kat sini amik alamat nih :

Restoran Nelayan Bangi
10845 Kg Sungai Merab Luar
Sungai Merab Kajang
43000 Selangor
phone : 03 - 89262298
Harga Buffet
dewasa : RM18
anak2 : RM12 ( 5 - 12 tahun)
Wahh...prmosi ni...patut aku dapat pakej makan free huhu...



Choas!

Tuesday, October 11, 2005

Bend n break.....




First time aku dengar nama kumpulan ini , ingatkan Roy keane (hahaha fanatik la tuh).Well music dia kira sesuai la dengan telinga aku..typical British pop group.ala - ala Oasis gitu.(mana ek grup nih?).Details? lawati : Official website diorang..BTW sapa ada vclip Bend n Break LIVE ?Tulung ye hantarkan sama aku.......

Bend and Break

When you, when you forget your name
When old faces all look the same
Meet me in the morning when you wake up
Meet me in the morning then you'll wake up

If only I don't bend and break
I'll meet you on the other side
I'll meet you in the light
If only I don't suffocate
I'll meet you in the morning when you wake

Bitter and hardened heart
Aching, waiting for life to start
Meet me in the morning when you wake up
Meet me in the morning then you'll wake up

If only I don't bend and break
I'll meet you on the other side
I'll meet you in the light
If only I don't suffocate
I'll meet you in the morning when you wake

(Instrumental Break)

If only I don't bend and break
I'll meet you on the other side
I'll meet you in the light
If only I don't suffocate
I'll meet you in the morning when you wake

I'll meet you on the other side
I'll meet you in the light
If only I don't suffocate
I'll meet you in the morning when you wake

Friday, September 16, 2005

Tribute to the Unwanted

Nota kepala: Entry ni kas untuk sempoii.



Download Masih Ada rindu (real audio version)

Courtesy of jakionline

The Unwanted, kumpulan rock yang pernah menghangatkan dunia seni tempatan dalam tahun-tahun 1970-an dan 1980-an, akan tampil semula dengan album baru.

Kesemua anggota asal kumpulan ini bergabung semula bagi menyemarakkan lagi perkembangan seni muzik tanah air.

Sambutan yang diterima semasa mengadakan konsert Rock Opera di Dewan Konsert Esplanade pada Mac lalu menguatkan keyakinan bahawa mereka masih mempunyai ramai peminat.

Mereka yakin masih mampu menyumbangkan tenaga dan kreativiti biarpun usia sudah melewati 40-an.

Selepas album ketiga yang berjudul Masih Ada Rindu pada 1996, The Unwanted menghilang dan hanya penyanyinya, Hanafie Warren, masih aktif menyanyi hingga ke hari ini.

Konsep? Mereka masih mengekalkan konsep rock yang pernah dipopularkan oleh kumpulan dari Barat seperti Deep Purple.

Bagaimanapun, mereka akan membuat sedikit pembaharuan sesuai dengan selera pendengar muzik hari ini.

Para anggota lain kumpulan The Unwanted ialah Ismail Sukar (keyboard), Mohd Said Mahmood (gitar utama), Ramli Katiyo (bass) dan Hanafi Warren yang masih bersedia menyumbangkan tenaga beliau untuk kumpulan The Unwanted.

'Saya dan The Unwanted seperti isi dengan kuku. Apabila peminat berbual dengan saya mereka tidak lupa dengan The Unwanted. Saya rasakan penggabungan semula The Unwanted tepat pada masanya,' kata Hanafie.

Penglibatan The Unwanted sejak awal tahun 1980-an menghasilkan tiga buah album. Album pertama berjudul Pelangi (1981), album kedua berjudul Terpedaya (1983) dan album ketiga berjudul Masih Ada Rindu (1996).

Menurut Hanafie, lagu Masih Ada Rindu dirakamkan semula oleh kumpulan Dark Sky dari Jerman dua tahun lalu dalam versi Melayu.

The Unwanted di tahun 1980-an pernah mengadakan konsert di seluruh Malaysia dan pernah mengiringi penyanyi terkenal sepert M. Nasir dan Yunizar dalam lagu Dua Insan.

'Langkah pertama kami di Malaysia nanti ialah mengadakan satu persembahan di Planet Muzik dan Rock Cafe pada Ogos ini.

'Selepas itu kami akan merakamkan semula lagu-lagu popular kami daripada tiga buah album kami di samping terdapat lagu-lagu baru. Insya-Allah, kalau tidak ada halangan kami akan masuk bilik rakaman tidak lama lagi. Rakaman akan diuruskan oleh Warren Productions,' kata Azmi.

Bring on the scousers.....



Here comes the 2nd derby match of the season...the match against Liverpool is one of the biggest test every season.Last season we manage to beat them twice , in Old Traffor and in Anfield.Can we do it again? United will start without Keano , Heinze , Gary Neville and Saha....My prediction : 2 - 2 draw , although i'm desperate for a win :)

SEQUENCES/RECENT FORM

LIVERPOOL

Going into the weekend: 11th 5 points
(all statistics are ahead of this weekend's round of Premiership fixtures)

- Undefeated in the Premiership so far (one win, two draws).
- One of two clubs yet to concede a Premiership goal this season. The other is Chelsea.
- Not conceded in 293 minutes (four hours 53 minutes) of Premiership football, since --Gareth Barry's goal for Aston Villa at Villa Park on the last day of last season.
- Won eight of 11 games in all competitions so far in this campaign.
- Lost only one of the last 13 League and Cup contests, spanning last season.
- Gone 15 top tier games since winning by more than a single goal (3-1 home to Fulham on 5 February). It is the longest such sequence currently in the Premier League.

- Not lost in eight home Premiership matches.
- Won five and drawn three League games on home turf since the 0-1 defeat by Manchester United on 15 January.

MANCHESTER UNITED


- Going into the weekend: 4th 10 points

- Victory would mean 13 points had been pocketed from the first five games - a tally United have achieved three times previously in the Premiership.
- Defending an unbeaten Premiership record (three wins, one draw).
- Gone 11 Premiership matches since a goalless draw.
- Scored in each of the last nine League outings.
- Won every match in which Wayne Rooney has scored (15 so far).
- Lost only one of the last nine Premiership matches (1-3, home to Chelsea on 10 May).


--------------------------------------------------------------------------------

KEY PLAYER NOTES/POTENTIAL MILESTONES

LIVERPOOL


Squad profiles

Steven GERRARD is two shy of totalling 50 goals for Liverpool.
MANCHESTER UNITED


MAN UNITED

Squad profiles

Ruud VAN NISTELROOY has scored in each of United's last six Premiership matches (four this season).
When next on the field from kick off, Ole Gunnar SOLSKJAER will be making his 200th start for Manchester United.


--------------------------------------------------------------------------------

LAST SEASON'S CORRESPONDING GAME:
Liverpool 0-1 Manchester United
15 January 2005 - Ref: Steve Bennett
Man United scorers: Rooney 21
Sent Off: Brown (Man United) 65

--------------------------------------------------------------------------------

HEAD TO HEAD TOTALS
League: Liverpool 49 wins, Man Utd 53, Draws 42
Prem: Liverpool 7 wins, Man Utd 13, Draws 6

HEAD TO HEAD at Liverpool
League: Liverpool 35 wins, Man Utd 20, Draws 17
Prem: Liverpool 4 wins, Man Utd 7, Draws 2

New MP3 Added # 5

5 new songs added:

1. Bon Jovi - Lie To Me
2. Gol&_Gincu Soundtrack- Ella -Teruja
3. Gol&_Gincu Soundtrack- Frequency Cannon - Girl
4. FaithNoMore - Epic
5. Mawi AF3 - Aduh Saliha (Studio Version Era.fm)

------------------------------------------------------------


Lagu lagu ni aku akan upload utk 2 minggu je.So..kalau suka tu d/load la cepat2 ok.

Expired date : 30 Sept 2005

Wednesday, September 07, 2005

Autosurf pertama di Malaysia

***IKLAN**** (yelah..sedangkan Era pun ada iklan...hehe)



Konsep Autosurf adalah salah satu kaedah pengiklanan (internet marketing tools)yang sedang hangat di gunakan di Barat.Pernah dengar StudioTraffic ?
Website ini menyenaraikan senarai autosurf2 yang terkemuka :

http://www.autosurfmonitor.com/

Tanyalah mereka yang telah menyertainya.Pasti ramai yang dengan rela akan tersengih menunjukkan cek income masing masing (dalam USD lagik).Namun untuk menyertai autosurf2 terkemuka di barat , korang perlu ada akaun E-gold,Storm Pay dsbnya.

Buat pertama kalinya di Malaysia,di perkenalkan NetBiz , sebuah syarikat Autosurf yang akan membuat bayaran terus ke akaun bank anda (maybank2U etc).

Sertai sekarang secara PERCUMA , dan anda akan di berikan kredit pakej RM10 untuk anda memulakan Autosurf.Autosurf - layari 50 website yang di berikan (mengambil masa hanya 30 minit ) setiap hari , dan sebagai ganjarannya , anda akan di berikan 1% dari nilai pakej anda setiap hari !

Mudah bukan?

Bacalah FAQ untuk keterangan lanjut.

Sekian.

world world jugak..akhirat jangan lupa...:)