Blogroll

Tribute to the Unwanted

Nota kepala: Entry ni kas untuk sempoii.



Download Masih Ada rindu (real audio version)

Courtesy of jakionline

The Unwanted, kumpulan rock yang pernah menghangatkan dunia seni tempatan dalam tahun-tahun 1970-an dan 1980-an, akan tampil semula dengan album baru.

Kesemua anggota asal kumpulan ini bergabung semula bagi menyemarakkan lagi perkembangan seni muzik tanah air.

Sambutan yang diterima semasa mengadakan konsert Rock Opera di Dewan Konsert Esplanade pada Mac lalu menguatkan keyakinan bahawa mereka masih mempunyai ramai peminat.

Mereka yakin masih mampu menyumbangkan tenaga dan kreativiti biarpun usia sudah melewati 40-an.

Selepas album ketiga yang berjudul Masih Ada Rindu pada 1996, The Unwanted menghilang dan hanya penyanyinya, Hanafie Warren, masih aktif menyanyi hingga ke hari ini.

Konsep? Mereka masih mengekalkan konsep rock yang pernah dipopularkan oleh kumpulan dari Barat seperti Deep Purple.

Bagaimanapun, mereka akan membuat sedikit pembaharuan sesuai dengan selera pendengar muzik hari ini.

Para anggota lain kumpulan The Unwanted ialah Ismail Sukar (keyboard), Mohd Said Mahmood (gitar utama), Ramli Katiyo (bass) dan Hanafi Warren yang masih bersedia menyumbangkan tenaga beliau untuk kumpulan The Unwanted.

'Saya dan The Unwanted seperti isi dengan kuku. Apabila peminat berbual dengan saya mereka tidak lupa dengan The Unwanted. Saya rasakan penggabungan semula The Unwanted tepat pada masanya,' kata Hanafie.

Penglibatan The Unwanted sejak awal tahun 1980-an menghasilkan tiga buah album. Album pertama berjudul Pelangi (1981), album kedua berjudul Terpedaya (1983) dan album ketiga berjudul Masih Ada Rindu (1996).

Menurut Hanafie, lagu Masih Ada Rindu dirakamkan semula oleh kumpulan Dark Sky dari Jerman dua tahun lalu dalam versi Melayu.

The Unwanted di tahun 1980-an pernah mengadakan konsert di seluruh Malaysia dan pernah mengiringi penyanyi terkenal sepert M. Nasir dan Yunizar dalam lagu Dua Insan.

'Langkah pertama kami di Malaysia nanti ialah mengadakan satu persembahan di Planet Muzik dan Rock Cafe pada Ogos ini.

'Selepas itu kami akan merakamkan semula lagu-lagu popular kami daripada tiga buah album kami di samping terdapat lagu-lagu baru. Insya-Allah, kalau tidak ada halangan kami akan masuk bilik rakaman tidak lama lagi. Rakaman akan diuruskan oleh Warren Productions,' kata Azmi.
Share on Google Plus

About Narapidana

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

sempoii said...

susah² jer ko srox buat entry ntuk aku..huhuhu..
Unwanted tu aku suka satu lagu jek, jgn ko memandai nak gossipkan aku ngan derang plak..mcm korang gossipkan aku ngan Leon..hahahaha!

anyway, thanks for the song. best banget!

Anonymous said...

Alot of interesting comments on this blog, I was searching for some doctor related info and some how cam across this site. I found it pretty cool, so I bookmarked. I'll really liked the second post on the front page, that got my attention.

My site is in a bit different area, but just as useful. I have a penis enlargement related site focusing on penis enlargement and mens health related topics.

srox said...

banyak la ko punya penis enlargement.Adehhh...gila punya spammers.!

sempoii said...

amik address dia srox..jgn tak amik..hahahah!