Blogroll

Champions League Knockout Stage




Champion League dah pun memasuki fasa knockout.16 pasukan terhebat Eropoah akan beraksi pada peringkat timbal balik.

Secara peribadi , aku merasakan MU akan melepasi tahap knockout ini tanpa halangan.
Lawan di peringkat knockout ini samada Monaco, Bayer Leverkusen , Juventus, Inter Milan atau pun AC Milan.Dari senarai tersebut , hanya Monaco dan Bayer sahaja satu - satunya pasukan yang tidak pernah di tewaskan United.Pertemuan terakhir dengan Monaco pada 1998 menyaksikan United seri 0 - 0 di tempat lawan , di ikuti dengan keputusan seri 1 - 1 di Old Trafford.

Rekod pertemuan dgn Bayer pada suku akhir 2002 turut berkesudahan dengan seri. 0 - 0 di Bay Arena , di ikuti seri 2- 2 pada pertemuan di Old Trafford , sekaligus manyaksikan United tersingkir dengan kiraan gol di tempat lawan.

Pertemuan terakhir dengan AC Milan ialah pada Julai 2004 pada Piala pilihan Amerika Utara berkesudahan seri 1- 1. Juventus merupakan salah satu pasukan yang paling di gemari United , kerana rekod pertemuan yang senantiasa berpihak kepada United.Pertemuan terakhir pada 2003 menyaksikan United memenangi pusingan pertama di Old Trafford dengan 2- 1 sbm membelasah Juventus dgn keputusan 3 - 0 di pihak lawan.

Satu lagi pasukan dari Itali, Inter Milan , turut menyaksikan rekod yang berpihak kepada United pada 1999.Seri 1 - 1 di San Siro sbm United menewaskan Inter 2 - 0 di Old Trafford bagi membolehkan laluan di buka hingga memenangi kejuaraan pada 1999.

Apa pun lawan United , yang pasti pusingan pertama permainan timbal balik ini banyak manjadi penentu.Rekod membuktikan United jarang menghadapi masalah di tempat lawan , sebaliknya keputusan di Old Trafford yang kerap menjadi penentu kemaraan United.

Secara peribadi , aku memilih Inter Milan sebagai lawan United seterusnya.

Vote yang di lakukan oleh UEFA setakat ini manyaksikan AC Milan, Barcalona dan Juventus di jangka tiada masalah untuk menempatkan diri dalam kelompok empat kesebelasan terakhir.
Share on Google Plus

About Narapidana

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: