Sebenarnya memang aku bercadang nak pegi tengok game Malaysia malam semalam.Kali terakhir aku menonton perlawanan bolasepak di Bukit Jalil kira - kira 3 tahun yang lalu ketika Malaysia menumpaskan Myammar 1-0 di peringkat separuh akhir Sukan SEA.Tapi tindakan beberapa orang rakan yang menarik diri pada saat2 akhir menyumbang ke arah minat aku menjadikan TV sebagai medium utama.
Hampir 60 000 orang penonton hadir , dengan hampir 70 % adalah penyokong Malaysia ,sekaligus menyahut cabaran FAM agar memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan Malaysia "berwajah baru".
Anehnya skrip kartun yang berlansung seminggu yang lalu tampak berulang lagi di Stadium Bukit Jalil.Indonesia yang bermula dengan garang dan menguasai padang pada separuh masa pertama , tersentak oleh serangan balas Malaysia.Malaysia mendahalui 1-0 pada separuh masa pertama.
Babak kedua adalah sejarah.Dalam masa 31 minit , Malaysia di ratah , di perkotak-katik kan seperti budak - budak sekolah.4 gol Indonesia dari gerakan yang cukup mudah , cukup untuk menceritakan segala - galanya.
Kesimpulannya:
Skrip bolasepak Malayia masih tetap sama.Naik dan turun di waktu yang amat genting.
Ahh..itukan adat permainan.
Tapi selama mana penonton bolasepak di Malaysia masih boleh bersabar kalau adat senantiasa tidak menyebelahi pasukan kebangsaan?
Selaku peminat Manchester United , mungkin harapan aku terlalu tinggi terhadap skuad kebangsaan.Tapi Indonesia adalah skuad ASEAN,menduduki tangga ke 90 ranking donia, dan adehh...di belasah 4- 1 di kandang sendiri ?
Mengkritik mmg senang.
Tapi suka hati aku la nak kritik.
Memang skuad Malaysia lembik.Fizikal..stamina..skil individu..daya juang..segala - galanya kita adalah pengalah.(pinjam ayat Vince).
Bayangkan , Boas Salosa yang baru berusia 18 tahun bisa memper ayam- ayam kan pertahanan terbaik negara ,Norhafiz Zamani.
Namun bukan silap Norhafiz semata - mata.Keseluruhan kaki pemain Malaysia menjadi berat, tidak boleh berlari dan terkebil kebil sebaik sahaja Indonesia menyamakan kedudukan.
Kudos utk Indonesia.Mereka memang lebih layak.
and FAM - stop Foolin All Malaysian...
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
3 comments:
Quote: "Keseluruhan kaki pemain Malaysia menjadi berat, tidak boleh berlari dan terkebil kebil sebaik sahaja Indonesia menyamakan kedudukan." - Sah, ni musti Indon pakai bomoh nih..huhu jgn marah beb.
huh indon men bomoh?? patut lerr...eh mesia pon ada bomoh pe...hehehe tak pe ari ni ari dia..ari kita arimau jek..
bomoh mesia asik nak rok & gol org jek.. ,mana sempat nak buat benda gini..ahakss!
Post a Comment