I'm always a RED DEVIL .But it doesn't mean that i'll support a biased decision by a linesman.
Semalam seperti rutinnya,tepat pukul 4.00 pagi aku dah menjengkilkan mata untuk menonton perlawanan Premier League kali ke 22 antara Manchester United dan Totenham Hotspurs.
Tanpa kelibat Ruud Nistelrooy,Louis Saha, dan Wayne Rooney, striker Alan Smith meneruskan rekod sebagai satu2nya pemain yang kekal beraksi dalam kesemua perlawanan United musim ini.
Dan agak mengejutkan kerana Spurs beraksi dengan begitu cemerlang di Old Trafford mengekang setiap kemaraan midfield yang di ketuai Scholes,Ronaldo,Keane dan Giggs.
Aku tak nak cerita lebih lanjut pasal game tadi.Serangan United tumpul.Mungkin sebab semua dah kepenatan (4 game dalam masa 4 hari). Aku nak cerita pasal lawak yg keeper United dan linesman buat.
Peristiwa yang membuatkan aku berdekah - dekah ketawa berlaku pada minit ke 89. Spurs were robbed of their first win at Old Trafford since 1989 by an amazing decision in the final minutes of their Premiership match with Manchester United.
Tengah2 United mencari gol penyamaan,penjaga gol United, Roy Carrol berlari keluar dari kawasannya untuk membuat clearance.
Malangnya clearance nyajatuh tepat kepada Pedro Mendes yang secara cool (ala - ala David Beckham Infamous goal) meng loop kan bola ke arah gol United dengan Carrol secara tergesa - gesa berundur ke garisan goal.Biarpun itu lebih kepada rutin tangkapan bagi seorang penjaga gol,Carrol dengan LAU (Lawak Antarabangsa Ujang) gagal menangkapdengan kemas bola tersebut memyebabkan ia terpelanting melebihi garisan goal dan memaksa dia menguis bola itu keluar kira - kira semeter dari dalam garisan goal.
Aku mengeleng2 kan kepala kerana tak percaya.
Tapi aku lagi tak percaya bila linesman tak mengangkat bendera membenarkan gol itu.
Wakakakakakaka...tak sangka Official FA England yang begitu glamer dan gah punboleh membuat keputusan yang sebegitu kelakar.Mungkin jarak antara linesman ngan goal agak jauh.
Tapi dengan jarak melebihi semeter..ohhhh... TIDAK.The best bit is there is Roy is lying on the floor resigned to the goal being given, then he suddenly realises it wasnt and shoots up ...:D
Dah sampai masanya untuk United beralih angin dengan penjaga gol baru sbm Carrol meneruskan lawaknya dalam edisi Champions League yang akan bermula bulan 2 nanti..
Dari pandangan aku:
Dari pandangan linesman:
Saksikan Video lawak antarabangsa ini.(3.63 MB)
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment