Blogroll

Hepi Besday 2 Adam..


Hepi besday 2u..
hepi besday 2U
hepi besday to Aqammm..
hepi besday 2U fuhhh ...fuhhh...fuhhh

Ini le yang di praktiskan adam 2-3 minggu yang lalu pas kitaorang attend besday party his kazen. Ekceli mmg aku ngan wife dah plan nak buat Besday party utk adam tahun ni..memandangkan kitaorg tak pernah berkesempatan buat besday party kat dia.Paling gempak pun beli kek je.

So pada tanggal 18 hb disember 2004 (tiga hari lewat) , berlansung la majlis belated besday party Adam.

Untuk tujuan itu.kitaorang (baca : aku ngan wife) telah seia sekata untuk menjemput chef terkemuka (errr..merangkap ibu mertuaku) untuk membuat mee kari Spiderman.



Tepat jam 2.30 ptg , rombongan Adam's Superfriend selamat tiba dengan jayanya.Keadaan bertukar menjadi kelam kabut memandangkan abah adam masih dalam mood membalut popia.


Di saat ini juga , Adam menyerlahkan ciri - ciri Lelaki Melayu terakhirnya dengan memyembunyikan dirinya di balik pintu. Usaha berterusan memujuk (baca : memaksa) Adam kuar akhirnya berjaya setelah lilin Spiderman di nyalakan.



Mood mandrome Adam berubah setelah melihat kek Spiderman melompat yang di sembunyikan pada mulanya. Namun demikian hanya sepotong lilin berjaya di padamkan memandangkan lebih banyak air liur yang kuar berbanding angin.








Lebih kurang 200 superfriends adam telah berjaya sampai .Malangnya ,Mr.Incredible tidak dapat menghadirkan diri kerana ada jemputan mencukur jambul di Kg.Melayu Subang.




Antara harta hadiah besday adam pada hari itu meliputi:

  • 2 Beg Spiderman
  • 1 cap Spiderman
  • 1 Spiderman dada lip lap lip lap
  • 2 lori pencuri pasir
  • 2 set collection keta (1 abah dah kebas..hehe)
  • 2 set train
  • 1 flying kites
  • 2 set chocolates
  • 2 helai baju
  • 1 set bekfast
  • 1 buku
  • 1 set abakus
  • 2 set helikopter
  • tak larat abah nak tulis.....

Di kesempatan ini , Adam ingin mengucapkan terima kasih daun keladi telinga gajah untuk semua yang hadir,antaranya rakan sparring adam (A'an dan Ochik),Mak Tih,Ibu,Ayah,kengkawan seskull abah (Injai ,Amri dll),kengkawan seopis abah (Lan,Akhmal,Mie,Rihan,Die dlll) ,kengkawan se opis umi (Kak nona,tie,suzi dll),kengkawan seskull umi (Auntie Nana,Jaa dll) uncle naim,uncle ayie,uncle Jea +Jeli, Dif dif jemputan ahli PFS : Adun Keramat (Uncle Frodo) , Adun Kota Damansara (mak incik Elya ngan adik maness Mira ), Adun Shah ALam (wai em ngan Liya) .





Terima kasih juga buat auntie Sepoii (merangkap Adun Subang) kerana sudi merasmikan majlis penutupan besday Adam pada tanggal jam 11.30 malam.

Maaf atas segala layanan lebih kurang yachhhhh............vote 4 ADAMM!!

More pics available here!


Share on Google Plus

About Narapidana

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

waiem said...

smoga Adam menjadi anak yg soleh bila besar nnti...*uwaaa nak kek sepaidemen gak* :)

sempoii said...

Hepi Besday Adam G-jah..moga jadi anak soleh..jange nakal2..

Tima kasih la tuan umah yg sudi menjemput sempoii utk merasmikan majlis penutup..Untung datang last, dapat 6 peket besday goodies dan dpt melandok mee kari tanpa perlu pikir nak simpan utk org blakang ker? haha..

monolog seorg sempoii: tatkala mataku memandang gambar mee kari, hatiku tersayat lapar..hehehhe..best la mee kari mertua ko.

Anonymous said...

Huhuhu...Nasib baik aku sempat makan kek sepaiderman...Selamat Ari jadik, Adam!
-Elf-
p/s: aku posting as anonimus sebab aku tak mau dikenali..haha