Tulisan di bawah adalah pengalaman sebenar tetapi telah diolah semula oleh mr.FADziL(pakden@gmail.com) supaya memberi lebih impak dan pedoman untuk para pembaca budiman sekalian.
Assalamualaikum.
Nama saya Mohd Azman(bukan nama sebenar) dan saya sekarang sedang menuntut di salah sebuah universiti di negara matahari terbit,Jepun. Saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan pembaca budiman sekalian dan diharap kisah ini dapat dijadikan iktibar pada masa hadapan.
Kisah ini berlaku di depan mata saya sendiri menyebabkan saya berasa insaf.Ada seorang budak Jepun bernama Tatsuo-kun(bukan nama sebenar) dan tinggal bersama-sama emaknya Maciko-san(juga bukan nama sebenar) di daerah Yamanashi.Dua beranak ini hanya tinggal berdua sahaja kerana bapa Tatsuo-kun telah meninggal dalam satu kemalangan jalanraya.Kerana keluarga ini hanya tinggal berdua saja maka hubungan di antara Tatsuo-kun dan ibunya Maciko-san amatlah rapat sekali.Apa yang dihajati Tatsuo-kun akan cuba dipenuhi oleh ibunya dan Tatsuo-kun pula membesar menjadi remaja yang bijak lalu membolehkan dia mendapat biasiswa dan memasuki Meiji University(sekadar rekaan penulis).
Ketika ini perangai Tatsuo-kun mula berubah dan selalu tidak menelefon atau pulang ke rumah ketika cuti meninggalkan emaknya kesunyian di rumah.Hendak dipendekkan cerita,Maciko-san telah mengambil keputusan untuk datang ke Tokyo untuk berjumpa dengan anak kesayangannya.Ketika itulah satu perkara yang menginsafkan saya berlaku.Ia terjadi DI DEPAN MATA saya sendiri(En.Mohd Azman mula terisak-isak menahan tangis).Tatsuo-kun baru saja keluar dari pintu universiti bersama rakan-rakannya ketika ibunya tiba dan memanggil namanya.Melihat keadaan ibunya yang berpakaian kampung membuatkan Tatsuo-kun berasa malu dengan rakan-rakannya yang rata-rata anak orang berada.Tatsuo-kun dengan muka yang berang mendekati emaknya dan berkata(telah di ubah maksudnya ke dalam bahasa melayu):
"Makcik ni silap orang la..".
Saya berasa sedih dan terkejut ketika itu melihat Maciko-san dilayan sebegitu tetapi masih mampu mengawal air mata.Maciko-san memegang tangan anaknya dan merayu supaya anaknya tidak bercakap begitu tetapi Tatsuo-kun yang didorong perasaan malunya telah menolak emaknya ke arah jalan raya dan dilanggar kereta. Saya berasa sungguh sedih dan cuba untuk menolong tetapi apakan daya kerana ianya berlaku di dalam televisyen rumah saya cuma.Lantas saya mengambil remote controller dan menukar ke siaran yang lain.
Diharap para pembaca tidak berasa marah dan tertipu dengan kisah En.Mohd Azman tadi kerana penulis telah pun memukulnya sehingga muntah darah kerana membuat lawak dengan muka serius.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
1 comments:
Ceh..kureng hasem ko srox.
Tipu tertipah den..
Post a Comment